Thursday, June 30, 2011

Tips Cinta dari Saiful Izzuan Bin Hussain

Assalamualaikum dan salam sejahtera,


Hari ini saya ingin berkongsi tips cinta tentang kepentingan
mengetahui personaliti pasangan.

Setiap orang mempunyai kecenderungan terhadap sesuatu.
Pembezaan kecenderungan inilah yang seterusnya membuatkan
personaliti manusia terbentuk. A mungkin cenderung untuk diam
kerana perkara itu yang memberi keselesaan baginya.

Berlainan dengan B, interaksi bersama orang lain memberi
tenaga kepadanya. Terdapat orang yang gemar pada konflik.
Sukakan pada perdebatan. Begitu juga sebaliknya. Dalam dunia ini
terdapat pelbagai jenis dan ragam percintaan. Kita mungkin tersalah
sangka terhadap diri mereka. Kita menganggap mereka pelik.
Kita tertanya mengapa mereka tidak sama seperti kita dan
berkelakuakn ‘aneh.’ Kita bergaduh disebabkan sudut pandangan
mereka tidak sama dengan apa yang dilihat. Kesannya membawa
kepada permasalahan yang lebih besar.

Begitu juga dengan pemahaman dan tren tingkahlaku lelaki dan
perempuan terhadap cinta. Cara lelaki dan wanita bertindak adalah
sangat berbeza. Lelaki kebanyakkan lebih gemar untuk berdiam diri
apabila wujudnya masalah. Baginya ruang penting untuk membolehkannya
berfikir. Tetapi perkara ini sangat berlainan dengan wanita.
Mereka memerlukan teman ketika masalah ada. Luahan membuatkannya
lega walaupun masalah tersebut belum lagi diselesaikan.

Dalam dunia ini tiada manusia yang sama. Jika anda ingin bahagia,
fahamilah diri mereka. Saya pasti anda akan mendapat jawapan kepada
persoalan kelainan ini. Walaupun sukar, tetapi ianya pasti berbaloi.


Salam kemesraan,

Saiful Izzuan Bin Hussain
www.personaliticinta.com

No comments:

Post a Comment